Selasa, 17 Februari 2009

... dia merancang ...dia yang menentukan jadiNYA...
salam..hari ne G/U target pertama dah mengena..tapi graf mantul keatas semula..awas seperti graf akan jatuh kebawah semula kerana daripada formasi H& S yg telah berlaku dua kali jika dicantumkan iaitu dilihat pada graf masa yg besar dapat dilihat terbentuknya formasi H&S yg besar seperti graf di bawah...
Target graf besar pertama gua telah tandakan ..sama2 lah kita nantikan graf menyentuh target pertama..selamat

Minggu, 15 Februari 2009

...di merancang...dia yang menentukan jadiNYA...

Salam.. merujuk post gua pada11/02/08...E/u target pertama dah kene tapi market mantul semula keatas dan selama seminggu bagi minggu lepas market hanya consolidation antara 1.2999-1.2818, so hati2, dollar masih menunuggu sentuhan OBAMA untuk mengukuh kebawah.. tak pasti lagi.. selamat.


Bagi Graf G/U ...gua kongsikan disini analisis gua pada hujung minggu, yang guarasa amat kuat pengaruhnya:
  1. Head& Shoulder formasi berlaku seperti graf yang gua hitamkan, formasi ini memberi pengaruh yg kuat untuk graf bergerak ke bawah contohnya telah berlaku pada market 10/02/08(graf dihitam yg besar), pergerakannya amat besar iaitu kira2 600 pip..wow!
  2. Graf telah memotong kebawah pada subtrendline keatas yg gua gunakan method andrew pitchfork dan market telah pun retest kembali pada subtrendline keatas tatapi gagal untuk terus keatas lalu jatuh semula ke bawah .
  3. indikator stoch menunjukkan kebawah, CCI juga menunjukkan kebawah, ADX +-line juga menunjukkan ke bawah cuma menunggu ADX line (kuning)untuk naik memotong line 25.
  4. so gua juga telah tandakan target gua untuk minggu depan iaitu 1.4131...selamat.

Kamis, 12 Februari 2009

...dia merancang ...dia yang menentikan jadiNYA...

salam... hasil analisis pagi nie dari kesan pergerakan malam tadi..menunjukkan seakan e/u akan bergerak kebawah.. dilihat pada gambar diatas, pergerakan graf seakan tertampung (consolidation) menjadi formasi "bendera" tiga segi. Jika graf memotong formasi tiga segi kebawah maka boleh lah sell dan jika memotong ke atas , bolehlah buy..tetapi hati hati kerana market  2 hari nie pergerakannya amat mengelirukan..itu sebabnya gua lebih senang memasuki market pada hujung malam iaitu 10 pm(waktu M'sia) keatas kerana pengaruh news telah tiada jadi kita boleh lihat pergerakan sebenar market...

Jika dilihat indicator CCI, menunjukkan graf CCI akan memotong line -100 kebawah, ini menunjukkan graf akan mengalami tekanan yg kuat untuk kebawah... selamat..

Rabu, 11 Februari 2009

...dia merancang...dia menentukan jadiNYA...
Salam.. analisis hari ne pada e/u (H1) , gua rasa graf akan jatuh kebawah kerana terbentuknya formasi head&shoulder seperti yg gua lakarkan dengan garis berwarna magenta diatas..analisis gua juga dikuatkan dengan berlakunya bearish divergance pada MACD yang gua gariskan dengan warna pink..
pada graf diatas, e/u (m15), juga terdapat bearish divergance pada stoch..kerana semalam bearish divergence pada MACD amat memberi kesan pada graf untuk jatuh semula kebawah so hati hati jika ingin buy...selamat.

Kamis, 05 Februari 2009

...dia merancang...dia yang menentukan jadiNYA...

Salam ... semalam menunjukkan graf e/u tidak berjaya memecah line resistance (line merah) keatas, ini tetah  menyebabkan berlaku pantulan yang kuat kebawah sehingga consolidation di area line 1.2830. Walaupun gua analis semalam yang graf akan mantul kembali keatas semula di area 1.2922 tetapi gagal kerana pergerakan kebawah ini dibantu oleh pergerakan graf gold yang ada persamaan pergerakan kebelakangan ini.

so... hari ini gua masih pudar tentang kemana  graf akan pergi..tetapi jika dilihat pada indikator CCI yg gua sertakan diatas, menunjukkan akan ada pembetulan pergerakan  keatas pada masa jangka pendek...kerana CCI graf telah memotong keatas garis -100. Pada indikator ADX pula, keputusannya bercampur2 (mix), so HATI HATI semua...pergerakan banyak di pengaruhi pasaran/market komoditi( contoh: pasaran gold).....

Rabu, 04 Februari 2009


...dia merancang...dia yang menentukan jadiNYA...

salam... gua sertakan graf e/u (H1) (warna hijau)diatas, untuk menunjukkan analisis malam tadi...this time gua masukkan unsur baru dalam analisis iaitu  andrew pitchfork line (line hitam putus2) dan tambahan indikator iaitu ADX. andrew Pitchfork line, gua gunakan untuk menandakan pergerakan trend yg kuat dan untuk menentukan dimana trend graf akan tertampan, ini memudah lagi bagi gua untuk memasuki market dengan berpandukan fibo number.

Memandangkan keadaan sekarang pergerakan graf agak trendy(turun naik tak menentu) gua kene tambahan indikator  iaitu ADX indikator. ADX gua gunakan untuk menentukan samaada pergerakan(trend) graf yg berlaku itu kuat atau tidak. contoh: jika ADX line biru bersilang dgn ADX merah  dari bawah keatas dan ADX line HITAM slop keatas..berada diatas line 25, ini menunjukkan trend graf itu adalah trend YG KUAT.(lihat graf diatas sebagai contoh)

Lokasi biru yg gua warnakan adalah tempat sesuai untuk buy hari ini kerana disitu ada support yg banyak untuk pantulan keatas berlaku seperti fibo no. 38%,50%,61.8 & dan tambahan pula disitu ada andrew pitchfork line dan juga ADX line masih diatas line 25 dan berserta line +D biru masih menyilang dgn line -D merah keatas.

Jika graf memotong line biru ini dan terus kebawah maka rancangan ini terbatal. Hati-hati....selamat.

Graf e/u( H4) warna hitam diatas untuk kau orang  perhatikan dan kaji bagi jangka panjang sedikit.. study lah.. kerana untuk menjadi trader yg berjaya perlu kecekapan dalam mengkaji graf market terkini dan mengatur strategi sebelum memasuki market..Jika ada org2 menawarkan indikator software yang menyatakan, dengan sofware ini kamu akan terus cepat berjaya dalam FOREX, maka GUA SARANKAN JGN PERCAYA.. Selamat........

Selasa, 03 Februari 2009

salam.. gua sertakan gambar diatas bagi progress H&S yg terbentuk tempo hari..jika dilihat pada shoulder kiri graf, ia telah memotong garis neckline(leher, warna kuning sendeng keatas) tetapi tertampan pada garis trend(warna kuning sendeng kebawah). dan telah melantun lalu memasuki balik garis atas neckline sehingga pagi ne...
Ini menandakan ada kemungkinan pergerakan pembetulan keatas akan berlaku memandangkan garis CCI telah memotong line -100 keatas , stoch pula sudah oversold dan MACD menunjukkan  bull signal. Hati-hati... gua sarankan "lihat market GOLD jika hendak Buy..jika Gold bullish maka E/U besar kemungkinan akan bullish..perhatikan dulu beberapapergerakan gold dgn E/U sebelum buat keputusan, jika ada persamaan pergerakan  maka bolehlah guna persamaan itu)


lihat...gambar diatas untuk E/U H1 pagi tadi... hati2 jika nak buy kerana ada terbentuk double top(line kuning) yang pasti akan menjadi resistance(halangan) pada graf untuk melonjak keatas...jika buy , gua nasihatkan ambil cepat keuntungan dan lepas tu biar graf memotong resistance line doubletop dan baru lah buy lagi...JANGAN LUPA ADA FORMASI H&S YG PASTI AKAN MENGHANTUI GRAF UNTUK KEbawah ...kerana H&S kuat daya gravitinya..selamat