Sabtu, 31 Januari 2009



...dia merancang dia yang menentukan jadiNYA...

salam...macamana malam tadi...gua kene -49 pip.... pening... coz yg gua sesalkan, gua lost control my "geram, dendam" dgn market nak dapat/tebus balik dengan cepat kerugian...dah lama gua tahu perasaan ne kene lontar jauh-jauh masa trading..tapi tetap juga dia datang masa tengah pening dan lalai..

untung rugi perkara biasa bagi trader tapi yg penting, sebagai trader mesti pandai control perasaan negatif yg timbol masa mengalami untung dan rugi..hehehe gua pandai cakap tapi gua masih belum sepenuhnya pandai menggawal perasaan ini sepenuhnya...sesiapa ada tip2 method untul mengawal perasaan ini..kongsi2 la dgn gua...

ok...pasal malam tadi punya graf (E/U), gua tengah pening samaada Dragon Formation yg gua katakan pada post yg terdahulu masih valid atau tidak KERANA malam tadi complete terbentuknya satu formation lagi yg tidak kurang powernya iaitu HEAD&SHOULDER(H&S)(lihat gambar graf diatas)...

so..hati2 untuk trading minggu depan...kerana dragon formasi masih valid selagi tidak memotong garis 1.2435...dan H&S yg baru ne pulak menandakan ada kemungkinan graf akan menjunam kebawah...

jika dilihat pada faktor fundemantal ( ekonomi global): Adakah OBAMA akan berjaya dengan misi 8ratusbillionlebihnya???.. ini akan menentukan US dollar menjunam atau menaik...KETIDAK pastian ini menyebabkan terbentuknya dua formasi yg gua sebutkan diatas HATIHATI...

sebagi trader kita kena pandai ambil peluang sama ada naik atau turun...selamat

Jumat, 30 Januari 2009

...dia merancang dia yang menentukan jadiNYA...

Salam ... seperti yang di jangkakan dalam post gua semalam, dollar mengukuh lalu jatuh menyentuh point 1.2980 yang gua jangkakan. Sebenarnya gua cemas juga untuk sell semalam kerana graf dilihat telah turun pada siang hari hingga 1.3025 tetapi mantul semula keatas kerana ada line fibo 38% di situ dan apabila menjelang hujung market UK dan permulaan open  market US, graf melonjak terus keatas semula dgn lebih tinggi total lebih kurang 130 pip keatas.. seakan2 graf ingin menjadi bullish. 

Tetapi bila  gua gariskan line downtrend( warna biru), graf seakan hilang power untuk keatas di line itu dan tidak berjaya memotong garis biru (garis trend) keatas, lalu terus mantul kebawah dan pada lebih kurang jam 12.30 pm (waktu malaysia) graf laju jatuh  kebawah.. kau org boleh lihat di gambar diatas satu sell candle panjang terbentuk memotong line target(line kuning) semalam.Gua sempat sell  pada candle yg panjang ini.. 

Untuk hari ne HATI2 UNTUK SELL, GRAF AKAN MANTUL KEATAS SEDIKIT KERANA ADA cci BULLISH DIVERGENCE (LINE PURPLE) DAN GUA JANGKAKAN GRAF AKAN MANTUL KEATAS DULU, SEHINGGA SENTUH LINE BIRU RESISTENCE(TREND LINE) ...BARU AKAN MANTUL KEBAWAH SEMULA DAN TARGET GUA PADA LINE MERAH 1.2750...Selamat...

Kamis, 29 Januari 2009

..dia merancang dia yg menentukan jadiNYA...

Salam..sory beberapa hari ne tiada comment dari gua coz balik kampung 4hari....so malam semalam 28/01/09 sempat gua trade..so pagi ne, gua sertakan sambungan analisis kesan pergerakan graf malam tadi.

E/U pada awal malam seakan2 hendak bergerak keatas tetapi gagal untuk terus keatas dengan terbentuknya formasi 'double Top' lihatlah gambarajah diatas.. dan juga kesan kuat dari pengaruh news pada jam 3 pagi (waktu malaysia) iaitu FOMC news , ucapan Obama yg begitu yakin akan dapat bantuan segera package 8 ratusbillionlebih untuk merangsangkan ekonomi US. dan Bernake mengekalkan US bank interest rate pada 0.25%.

Dengan pengaruh news yang kuat ini gua nasihatkan agar pada siapa yg hendak buy E/U perlu BERHATI2 mungkin ada pergerakan pembetulan kebawah. Lihat gambarajah diatas, GUA ADA TANDAKAN TARGET PERGERAKAN KEBAWAH jika US DOLLAR MENGUKUH.  

SELAMAT.. :) 

Selasa, 20 Januari 2009

Salam.. ok geng, gua ada buat analisis sikit ..lihat gambar diatas.. ada gua lakarkan dragon formation yg gua katakan pada post sebelum ini... dan gua rasa formation ne masih kuat kerana disokong oleh bullish divergence pada macd, stoch dan CCI.. hati hati jika sell.. Jika graf bergerak kebawah dan memotong line 1.2435 maka dragon formation akan terbatal. Gua cadang siapa nak sell cukuplah ambil profit takat line 1.2749..ok . Selebihnya tunggu dan lihat, itu lebih selamat..Selamat geng...
Salam.. semalam dilihat graf tidak berjaya memecahkan trendline yg terbentuk dari 17 disember 08 hingga ke hari ini...terus mantul kebawah, malah jika dilihat graf seakan berkuasa untuk kebawah , jika dilihat graf CCI telah memotong garis  -100 kebawah, ini menunjukkan kuasa tarikan graviti kebawah adalah kuat. Sedangkan US bank cuti semalam.

Gambar diatas gua ada tandakan target graf jika kebawah dan selagi graf tidak memotong titik 1.2280 graf masih valid untuk keatas dengan pengaruh Dragon Formation, jika 1.2280 dipotong kebwah maka pengaruh Dragon Formation terbatal.
Berhati-hati geng....selamat.


Senin, 19 Januari 2009

Divergence


Salam.. hari ini gua bermood untuk bercerita tentang DIVERGENCE...bahasa melayunya adalah  PERBEZAAN..PERBEZAAN APE?. ok perbezaan (divergence) yang dimaksudkan dalam forex adalah pergerakan GRAF FOREX berlawanan dengan pergerakan alatan( indicator) ukuran seperti STOCHASTIC,MACD, CCI dll.

Pergerakan PERBEZAAN ini cuma berlaku pada waktu-waktu tertentu sahaja dan bila ia berlaku maka kebiasaanya akan berlakulah 'pergerakan pembetulan' pada pergerakan graf forex yang bergerak bersalahan arah dengan indicator. Pemahaman ini atau kelakuan ini sama dengan konsep hidup alam ini yang mengatakan "SETIAP YG SALAH AKAN ADA PEMBETULANNYA".

NAH!.. disinilah peluang trader untuk mendapat kepastian sebelum meletakkan 'position' . Bagi trader2 yg berpengalaman , jika berlakunya divergen ini pada satu trend maka hayat trend itu pasti akan tamat dan trader berpengalaman ini tadi akan mencari titik yang sesuai untuk membeli pada titik yang berlawanan dengan trend yg akan tamat itu tadi.. oklah gua akan memberi contoh tentang divergence pada Stochactic.

Lihat gambar dibawah yang aku sertakan... disitu ada banyak contoh berlakunya divergence. Kau orang aku nasihatkan kene selalu perhatikan puncak2 graf dan latihkan untuk mencantumkan setiap puncak pergerakan graf dan dari situ kau org akan terbiasa dengan pembentukan divergence pada setiap pergerakan graf . Ada trader mengatakan setiap pergerakan forex ini tercetus dari divergence.. dan divergence adalah teman trader.  Divergen  boleh berlaku pada setiap indicator(stoch, macd, cci, dll) dan pada setiap sekala masa graf dari weekly ke 1 min.  Selamat mencuba..



Kamis, 15 Januari 2009


Salam ... hari rabu (14/01/09) lepas gua jangkakan akan ada gerakan graf ketepi (consolidation move) nampaknya menjadi nyata. Lihat graf diatas ..gua garis merah adalah julat (range) pergerakan ketepi graf..boleh dikatakan besar juga..so hati-hati, tapi  perlu hati-hati hari ini ada news yg bank Euro akan cute rate..ini akan menyebabkan USD menang (graf kebawah)..

kalau gua, gua akan tunggu dan lihat dulu, kalu graf potong garis merah sendeng keatas gua akan buy...kalau kebawah tunggu graf cute garis melintang merah (bwh) kebawah baru gua akan masuk sell. tapi target pip sikit je kerana kalau dilihat graf CCI menunjukkan graf dah melonjak  dan memotong garis -100 keatas ..ini menunjukkan graf berpotensi untuk bullish(ke atas.. sebagai mana analisis gua pada hari rabu lepas... so selamat..

Rabu, 14 Januari 2009

Dia merancang Dia yg menentukan JadiNYA.. :)
Salam...lihat graf di atas adalah graf E/U (1 hour) pagi 14/01/09, pada graf itu boleh dilihat analisis yg telah gua lakarkan dari pelbagai gabungan method (cara) yang gua gunakan . Hasil analisis gua, graf EU akan ada pantulan ke atas, setelah graf EU menurun dari 29/12/08-14/01/09. Ok gua akan terangkan satu persatu method :

1- Elliot wave: Telah sampai ke wave ke 5. wave 3 & wave 5 wujud divergance.
2- Divergance: MACD ada berlaku bullish divergance, CCI pun ada bullish divergance. 
3- CCI(20)   : Graf CCI memotong garis -100 dari bwh kw atas.
4- Stoch  : graf stoch dah dibwh garis 20 (over sold) dan telah menyilang keatas dan memotongsemula garis 20 dari bwh ke atas.

Tapi berhati2 jika hendak memasuki market  dgn BUY Euro kerana ada news pemotongan interest rate di UK.. ini akan ada melambatkan proses pantulan abc(elliot wave) dan kemungkinan ada pergerakan graf ketepi (consolidation move)  dahulu baru ada pantulan ke atas. 

Senin, 12 Januari 2009


Salam semua.. ok hari jumaat lepas ada news NFP tapi jika dilihat pada graf diatas pergerakan graf tidak banyak dipengaruhi oleh NFP news..graf bergerak banyak mengikut indicator. Kita bincang indikator yang gua pakai ..kita lihat ada MACD, stoch, CCI, elliot wave dan divergence yg gua gunapakai.

ok ..pada elliot wave graf sudah sampai ke wave ke 5 (wave akhir dan pasti ada pantulan) dan kebetulan disitu juga ada bearish divergence dan tambahan pula graf berada di garis subtrend(warna merah) yg menjadi halangan graf untuk ke atas.

dengan asbab2 yg gua berikan diatas gua sell di 1.3587 setelah graf begitu pasti memotong line minor trend (line biru) untuk ke bawah dan ambil untung 50 pip.

Kamis, 08 Januari 2009

Salam... kalau lihat graf E/U diatas graf membuat formasi seperti bendera (garis biru), formasi ini biasanya graf akan bergerak ke ATAS (bullish)jika graf memotong garis biru dari bwh ke atas dan jika graf memotong dari atas ke BAWAH (bearish)garis biru ini memberi peluang trader membeli USD (sell)...

ok semalam( 7/01/09) graf E/U meneruskan gerakkan pantulan pada 6/01/09 hingga mencecah 1.3746 dan tutup di1.3655, setelah beberapa hari ia bergerak ke bawah

Rabu, 07 Januari 2009

Salam Dari Boyal.

Dia merancang Dia yg menentukan JadiNYA.. :)

Hajat yg hendak di kongsi bersama di blog ini adalah mengenai pengalaman gua dalam mengharungi ertikata  sebenar "Pedagang FOREX online". Gua baru sahaja lebih kurang 2.5 tahun berdagang forex online tetapi berbagai pengalaman & pengajaran & pengetahuan yg telah dilalui. Di sini nanti satu persatu akan gua hidangkan pengalaman gua untuk lu(blogger semua) terutama yang berminat atau yg telah menyelami DUNIAFOREX. Sekurang - kurangnya Pengalaman & pengetahuan gua dapat memberi sedikit cahaya jalan...

Tajuk2 Hidangan:

1- Apa itu FOREX pada gua...
2- Alatan2 FOREX gua...
3- Buku2 FOREX gua...
4- kawan2 FOREX gua...

tunggu post lain hari..jumpa lagi :)