Senin, 19 Januari 2009

Divergence


Salam.. hari ini gua bermood untuk bercerita tentang DIVERGENCE...bahasa melayunya adalah  PERBEZAAN..PERBEZAAN APE?. ok perbezaan (divergence) yang dimaksudkan dalam forex adalah pergerakan GRAF FOREX berlawanan dengan pergerakan alatan( indicator) ukuran seperti STOCHASTIC,MACD, CCI dll.

Pergerakan PERBEZAAN ini cuma berlaku pada waktu-waktu tertentu sahaja dan bila ia berlaku maka kebiasaanya akan berlakulah 'pergerakan pembetulan' pada pergerakan graf forex yang bergerak bersalahan arah dengan indicator. Pemahaman ini atau kelakuan ini sama dengan konsep hidup alam ini yang mengatakan "SETIAP YG SALAH AKAN ADA PEMBETULANNYA".

NAH!.. disinilah peluang trader untuk mendapat kepastian sebelum meletakkan 'position' . Bagi trader2 yg berpengalaman , jika berlakunya divergen ini pada satu trend maka hayat trend itu pasti akan tamat dan trader berpengalaman ini tadi akan mencari titik yang sesuai untuk membeli pada titik yang berlawanan dengan trend yg akan tamat itu tadi.. oklah gua akan memberi contoh tentang divergence pada Stochactic.

Lihat gambar dibawah yang aku sertakan... disitu ada banyak contoh berlakunya divergence. Kau orang aku nasihatkan kene selalu perhatikan puncak2 graf dan latihkan untuk mencantumkan setiap puncak pergerakan graf dan dari situ kau org akan terbiasa dengan pembentukan divergence pada setiap pergerakan graf . Ada trader mengatakan setiap pergerakan forex ini tercetus dari divergence.. dan divergence adalah teman trader.  Divergen  boleh berlaku pada setiap indicator(stoch, macd, cci, dll) dan pada setiap sekala masa graf dari weekly ke 1 min.  Selamat mencuba..



Tidak ada komentar:

Posting Komentar