Kamis, 05 Februari 2009

...dia merancang...dia yang menentukan jadiNYA...

Salam ... semalam menunjukkan graf e/u tidak berjaya memecah line resistance (line merah) keatas, ini tetah  menyebabkan berlaku pantulan yang kuat kebawah sehingga consolidation di area line 1.2830. Walaupun gua analis semalam yang graf akan mantul kembali keatas semula di area 1.2922 tetapi gagal kerana pergerakan kebawah ini dibantu oleh pergerakan graf gold yang ada persamaan pergerakan kebelakangan ini.

so... hari ini gua masih pudar tentang kemana  graf akan pergi..tetapi jika dilihat pada indikator CCI yg gua sertakan diatas, menunjukkan akan ada pembetulan pergerakan  keatas pada masa jangka pendek...kerana CCI graf telah memotong keatas garis -100. Pada indikator ADX pula, keputusannya bercampur2 (mix), so HATI HATI semua...pergerakan banyak di pengaruhi pasaran/market komoditi( contoh: pasaran gold).....

Rabu, 04 Februari 2009


...dia merancang...dia yang menentukan jadiNYA...

salam... gua sertakan graf e/u (H1) (warna hijau)diatas, untuk menunjukkan analisis malam tadi...this time gua masukkan unsur baru dalam analisis iaitu  andrew pitchfork line (line hitam putus2) dan tambahan indikator iaitu ADX. andrew Pitchfork line, gua gunakan untuk menandakan pergerakan trend yg kuat dan untuk menentukan dimana trend graf akan tertampan, ini memudah lagi bagi gua untuk memasuki market dengan berpandukan fibo number.

Memandangkan keadaan sekarang pergerakan graf agak trendy(turun naik tak menentu) gua kene tambahan indikator  iaitu ADX indikator. ADX gua gunakan untuk menentukan samaada pergerakan(trend) graf yg berlaku itu kuat atau tidak. contoh: jika ADX line biru bersilang dgn ADX merah  dari bawah keatas dan ADX line HITAM slop keatas..berada diatas line 25, ini menunjukkan trend graf itu adalah trend YG KUAT.(lihat graf diatas sebagai contoh)

Lokasi biru yg gua warnakan adalah tempat sesuai untuk buy hari ini kerana disitu ada support yg banyak untuk pantulan keatas berlaku seperti fibo no. 38%,50%,61.8 & dan tambahan pula disitu ada andrew pitchfork line dan juga ADX line masih diatas line 25 dan berserta line +D biru masih menyilang dgn line -D merah keatas.

Jika graf memotong line biru ini dan terus kebawah maka rancangan ini terbatal. Hati-hati....selamat.

Graf e/u( H4) warna hitam diatas untuk kau orang  perhatikan dan kaji bagi jangka panjang sedikit.. study lah.. kerana untuk menjadi trader yg berjaya perlu kecekapan dalam mengkaji graf market terkini dan mengatur strategi sebelum memasuki market..Jika ada org2 menawarkan indikator software yang menyatakan, dengan sofware ini kamu akan terus cepat berjaya dalam FOREX, maka GUA SARANKAN JGN PERCAYA.. Selamat........

Selasa, 03 Februari 2009

salam.. gua sertakan gambar diatas bagi progress H&S yg terbentuk tempo hari..jika dilihat pada shoulder kiri graf, ia telah memotong garis neckline(leher, warna kuning sendeng keatas) tetapi tertampan pada garis trend(warna kuning sendeng kebawah). dan telah melantun lalu memasuki balik garis atas neckline sehingga pagi ne...
Ini menandakan ada kemungkinan pergerakan pembetulan keatas akan berlaku memandangkan garis CCI telah memotong line -100 keatas , stoch pula sudah oversold dan MACD menunjukkan  bull signal. Hati-hati... gua sarankan "lihat market GOLD jika hendak Buy..jika Gold bullish maka E/U besar kemungkinan akan bullish..perhatikan dulu beberapapergerakan gold dgn E/U sebelum buat keputusan, jika ada persamaan pergerakan  maka bolehlah guna persamaan itu)


lihat...gambar diatas untuk E/U H1 pagi tadi... hati2 jika nak buy kerana ada terbentuk double top(line kuning) yang pasti akan menjadi resistance(halangan) pada graf untuk melonjak keatas...jika buy , gua nasihatkan ambil cepat keuntungan dan lepas tu biar graf memotong resistance line doubletop dan baru lah buy lagi...JANGAN LUPA ADA FORMASI H&S YG PASTI AKAN MENGHANTUI GRAF UNTUK KEbawah ...kerana H&S kuat daya gravitinya..selamat

Sabtu, 31 Januari 2009



...dia merancang dia yang menentukan jadiNYA...

salam...macamana malam tadi...gua kene -49 pip.... pening... coz yg gua sesalkan, gua lost control my "geram, dendam" dgn market nak dapat/tebus balik dengan cepat kerugian...dah lama gua tahu perasaan ne kene lontar jauh-jauh masa trading..tapi tetap juga dia datang masa tengah pening dan lalai..

untung rugi perkara biasa bagi trader tapi yg penting, sebagai trader mesti pandai control perasaan negatif yg timbol masa mengalami untung dan rugi..hehehe gua pandai cakap tapi gua masih belum sepenuhnya pandai menggawal perasaan ini sepenuhnya...sesiapa ada tip2 method untul mengawal perasaan ini..kongsi2 la dgn gua...

ok...pasal malam tadi punya graf (E/U), gua tengah pening samaada Dragon Formation yg gua katakan pada post yg terdahulu masih valid atau tidak KERANA malam tadi complete terbentuknya satu formation lagi yg tidak kurang powernya iaitu HEAD&SHOULDER(H&S)(lihat gambar graf diatas)...

so..hati2 untuk trading minggu depan...kerana dragon formasi masih valid selagi tidak memotong garis 1.2435...dan H&S yg baru ne pulak menandakan ada kemungkinan graf akan menjunam kebawah...

jika dilihat pada faktor fundemantal ( ekonomi global): Adakah OBAMA akan berjaya dengan misi 8ratusbillionlebihnya???.. ini akan menentukan US dollar menjunam atau menaik...KETIDAK pastian ini menyebabkan terbentuknya dua formasi yg gua sebutkan diatas HATIHATI...

sebagi trader kita kena pandai ambil peluang sama ada naik atau turun...selamat

Jumat, 30 Januari 2009

...dia merancang dia yang menentukan jadiNYA...

Salam ... seperti yang di jangkakan dalam post gua semalam, dollar mengukuh lalu jatuh menyentuh point 1.2980 yang gua jangkakan. Sebenarnya gua cemas juga untuk sell semalam kerana graf dilihat telah turun pada siang hari hingga 1.3025 tetapi mantul semula keatas kerana ada line fibo 38% di situ dan apabila menjelang hujung market UK dan permulaan open  market US, graf melonjak terus keatas semula dgn lebih tinggi total lebih kurang 130 pip keatas.. seakan2 graf ingin menjadi bullish. 

Tetapi bila  gua gariskan line downtrend( warna biru), graf seakan hilang power untuk keatas di line itu dan tidak berjaya memotong garis biru (garis trend) keatas, lalu terus mantul kebawah dan pada lebih kurang jam 12.30 pm (waktu malaysia) graf laju jatuh  kebawah.. kau org boleh lihat di gambar diatas satu sell candle panjang terbentuk memotong line target(line kuning) semalam.Gua sempat sell  pada candle yg panjang ini.. 

Untuk hari ne HATI2 UNTUK SELL, GRAF AKAN MANTUL KEATAS SEDIKIT KERANA ADA cci BULLISH DIVERGENCE (LINE PURPLE) DAN GUA JANGKAKAN GRAF AKAN MANTUL KEATAS DULU, SEHINGGA SENTUH LINE BIRU RESISTENCE(TREND LINE) ...BARU AKAN MANTUL KEBAWAH SEMULA DAN TARGET GUA PADA LINE MERAH 1.2750...Selamat...

Kamis, 29 Januari 2009

..dia merancang dia yg menentukan jadiNYA...

Salam..sory beberapa hari ne tiada comment dari gua coz balik kampung 4hari....so malam semalam 28/01/09 sempat gua trade..so pagi ne, gua sertakan sambungan analisis kesan pergerakan graf malam tadi.

E/U pada awal malam seakan2 hendak bergerak keatas tetapi gagal untuk terus keatas dengan terbentuknya formasi 'double Top' lihatlah gambarajah diatas.. dan juga kesan kuat dari pengaruh news pada jam 3 pagi (waktu malaysia) iaitu FOMC news , ucapan Obama yg begitu yakin akan dapat bantuan segera package 8 ratusbillionlebih untuk merangsangkan ekonomi US. dan Bernake mengekalkan US bank interest rate pada 0.25%.

Dengan pengaruh news yang kuat ini gua nasihatkan agar pada siapa yg hendak buy E/U perlu BERHATI2 mungkin ada pergerakan pembetulan kebawah. Lihat gambarajah diatas, GUA ADA TANDAKAN TARGET PERGERAKAN KEBAWAH jika US DOLLAR MENGUKUH.  

SELAMAT.. :) 

Selasa, 20 Januari 2009

Salam.. ok geng, gua ada buat analisis sikit ..lihat gambar diatas.. ada gua lakarkan dragon formation yg gua katakan pada post sebelum ini... dan gua rasa formation ne masih kuat kerana disokong oleh bullish divergence pada macd, stoch dan CCI.. hati hati jika sell.. Jika graf bergerak kebawah dan memotong line 1.2435 maka dragon formation akan terbatal. Gua cadang siapa nak sell cukuplah ambil profit takat line 1.2749..ok . Selebihnya tunggu dan lihat, itu lebih selamat..Selamat geng...